Mac 2023. Lagi 3 hari kita akan menyambut bulan Ramadhan. Dah buat persiapan untuk menyambut bulan Ramadhan yang bakal tiba nanti? Dah sedia untuk puasa? Sama-samalah kita meningkatkan keimanan dan ibadah kita pada bulan Ramadhan nanti.


Berbalik kepada tajuk Cara Jual Air Balang. Sebenarnya topik ni dah pernah saya tulis dalam entri-etri sebelum ni sejak 2016 dan 2017 lagi. Boleh tengok kat galleri ye. Bisnes air balang ni sebenarnya bukan sahaja dilakukan di bulan puasa. Malah bulan-bulan yang lain atau hari-hari lain juga anda boleh jual air balang ni.


jual air balang
Mohd Iqbal Faiz bersyukur dengan limpahan rezeki hasil perniagaan air balang yang diusahakan pada Ramadan tahun ini. Sumber : SinarHarian


Cara Jual Air Balang ni bukan semua orang tahu tekniknya. Sama juga dengan bisnes lain ada cara-cara dan teknik-teknik yang kita perlu tahu. Masih belum terlambat untuk anda buat bisnes air balang ni terutamanya pada bulan puasa yang bakal tiba nanti.


Jual air balang ni nampak macam best je. Tapi betul ke? Walaupun bisnes ni ada keuntungannya, anda kena tahu berapakah modal bisnes air balang ni. Berapakah kos persediaan barang-barang jual air balang anda kena buat kira-kira terlebih dahulu. Misalnya kos balang air. Anggaran 1 kos balang air lebih kurang RM150. Itu satu balang air, macam mana jika anda nak jual lima atau belas-belas balang air.


Kos barangan lain pula macam mana seperi meja lipat, kanopi. Semestinya adan memerlukan meja lipat dan kanopi yang panjang. Kenderaan untuk angkut barang-barang ke tapak jualan pun sangat penting. Anda kena tentukan kenderaan yang nak digunakan untuk memuatkan barangan tadi.


Cara Jual Air Balang

Nampak macam senang kan jual air balang? Tapi jangan risau ada caranya jika dan betul-betul berminat untuk mulakan bisnes air balang. Ada lima perkara yang anda kena buat.

  1. Mohon tapak niaga
  2. Pilih lokasi bazar
  3. Peralatan serta kelengkapan
  4. Persediaan dan pengurusan masa berniaga
  5. Cuba Resepi jus yang Best Seller


Panduan Memulakan Bisnes Air Balang

Ebook ini ditulis berdasarkan pengalaman penulis berniaga air balang sejak tahun 2008. Di dalam ebook ini terdapat banyak ilmu serta tips yang beliau kongsikan.. meliputi panduan, strategi, resepi air paling laris, teknik pemasaran, pengurusan serta operasi bisnes air balang di bazar-bazar dan karnival.

cara jual air balang


Ada 60 mukasurat yang padat dengan info-info real dari seorang "usahawan yang real" yang berniaga sendiri di bazar-bazar ramadhan, karnival serta pesta. Ini bukanlah "ebook teori" atau "ebook resepi oleh chef" yang hanya sekadar pandai memasak tetapi tidak pernah mempunyai pengalaman menjual dimana-mana pasar ramadhan.

Apa Yang Di Bongkarkan Dalam Ebook Ini?

Baiklah! Saya tidak mahu berselindung dengan anda... berikut adalah apa yang saya tulis dan hidangkan kepada anda menerusi ebook ini!

BAB 1 : CARA MOHON TAPAK NIAGA

Dalam bab permulaan ini, penulis akan tunjukkan anda langkah-langkah yang perlu anda lakukan untuk mendapatkan tapak niaga di bazar ramadhan atau bazar-bazar yang lain. Apa sijil yang perlu anda dapatkan sebelum membuat sebarang permohonan dan dimanakah untuk mendapatkannya?

Semuanya beliau tunjukkan dalam bab ini! Siap sekali beliau bagi dengan contoh gambar sijil & resit!

Berapa pula besar saiz tapak dan berapakah bayaran bagi setiap tapak? Juga beliau tunjukkan kos anggarannya disini!

Bab ini amat penting, terutama sekali jika anda baru pertama kali mahu berniaga di bazar. Tanpa tapak niaga... sudah pastinya tiada bisnes untuk anda.

BAB 2 : TIPS MEMILIH LOKASI BAZAR


Percaya atau tidak, bukan semua lokasi bazar akan mendapat sambutan! Ada sesetengah lokasi bazar, diwujudkan oleh pihak penganjur semata-mata untuk mengaut keuntungan dengan menjual tapak kepada peniaga. Namun begitu, bilangan pengunjung yang hadir, hanya sayup-sayup sahaja.

Jadi, jangan menjadi mangsa! Kenali tapak-tapak yang "hot" yang ramai pengunjung untuk anda berniaga! Ada beberapa ciri yang akan menjadikan sesebuah tapak bazar itu HOT atau tidak!

Beliau akan bongkarkan ciri-ciri tersebut di dalam bab ini!

BAB 3 : PERALATAN SERTA KELENGKAPAN

Antara 2 benda asas yang perlu anda ada untuk berniaga di bazar, adalah kanopi dan juga meja. Dalam bab ini beliau akan tunjukkan jenis kanopi serta jenis meja yang anda perlukan. Beliau juga turut berikan anda tempat serta alamat kedai untuk anda membeli peralatan ini dengan harga yang lebih murah!

BAB 4 : PERSEDIAAN & PENGURUSAN MASA BERNIAGA

Ada 5 Tips "REAL" yang beliau kongsikan dalam bab ini. Ilmu dalam bab ini, hanya "peniaga sebenar" sahaja yang tahu. Hanya orang-orang yang pernah berniaga di bazar ramadhan sahaja yang tahu situasi dan keadaan sebenar yang perlu dihadapi dan bagaimana cara untuk menanganinya?

 

Jadi, anda perlu tahu ilmu di dalam bab ini agar anda boleh hadapi segala cabaran sewaktu berniaga di bazar dengan tenang. Tidaklah nanti anda terkejut jika situasi-situasi yang mencabar ini berlaku kepada anda!

Selain itu, saya juga turut kongsikan rahsia sebenar teknik menarik pelanggan dan bagaimanakah mahu menjadikan gerai jualan anda unik dan berbeza dari peniaga-peniaga yang lain, di dalam bab ini!
 
BAB 5 : RESEPI 8 JUS BEST SELLER

Di dalam bab ini beliau kongsikan "8 Resepi Jus Yang Paling Laris" di pasar ramadhan. Bukan sahaja sekadar resepi, malah, cara-cara membuatnya secara bergambar juga ada ditunjukkan.

8 Resepi Jus Buah tersebut adalah...
  • Jus Mangga
  • Jus Tembikai Susu
  • Jus Tembikai
  • Jus Carrot Susu
  • Jus Asam Boi & Limau Kasturi
  • Jus Mata Kucing
  • Jus Air Jagung
  • Jus Nenas Madu

BAB 6 : RAHSIA SULIT JUS YANG LARIS

Ada 7 tips sulit yang beliau kongsikan di dalam bab ini! Beliau akan kongsikan apakah sebab beliau meletakkan sesetengah bahan ke dalam resepi yang beliau berikan dalam bab 5 sebelum ini.

Dalam bab ini juga beliau kongsikan tips dimana anda boleh membeli buah-buahan dengan harga yang lebih murah!

Bagaimana pula untuk memilih buah-buahan yang segar dan manis? Juga ada dikongsikan di dalam bab ini!

BAB 7 : CASE STUDY - BAGAIMANA BELIAU JANA RM7K SEBULAN DENGAN BISNES AIR

Ini adalah bab yang paling menarik di dalam ebook ini. Di dalam bab ini, beliau akan ceritakan semua strategi serta apa yang beliau lakukan sehingga mampu mencapai keuntungan sebanyak RM7,000 dengan hanya berniaga 3 balang air di bazar ramadhan.
  • Balang air jenis apa yang beliau gunakan?
  • Air apa yang beliau jual?
  • Berapa kos serta untung menjual air tersebut?
  • Apa teknik yang beliau gunakan untuk menarik pelanggan?
  • Dimana lokasi strategik serta bagaimana beliau menyusun balang air?
  • Bagaimana beliau gandakan keuntungan sehingga 3 kali ganda?

Semuanya beliau akan bongkarkan tanpa berselindung kepada anda di dalam bab ini.

Begitu banyak ilmu serta rahsia yang beliau bongkarkan di dalam ebook ini. Saya pasti, sebaik sahaja anda selesai membaca ebook ini, anda pasti akan teruja dan tidak sabar-sabar untuk berniaga air balang. Anda sudah tidak perlu lagi susah-susah untuk buat "trial & error".

testimoni air balang


Ok tanpa berlengah lagi anda boleh baca sendiri berkenaan Ebook Panduan Bisnes Air Balang di laman web berikut : Ebook Bisnes Air Balang

Oh ye, anda boleh lihat juga apa kata mereka yang telah mendapatkan dan membaca Ebook Panduan Bisnes Air Balang di laman web tersebut.

Bagaimana pula dengan keuntungan Bisnes Air Balang? Jemput baca entri berikut : Boleh untung ke jual air balang?

Post a Comment

Terima kasih saya ucapkan kerana sudi meninggalkan komen. Komen anda semua amat saya hargai.

Previous Post Next Post