Bismillahirrahmanirrahim....


Sudah lama saya tidak menulis. Kemana menghilang? Adakah sudah meninggalkan dunia blogger?


Tidak...tidak sama sekali....


healing-seorang-lelaki


Lumrah hidup bagi seorang manusia...sudah berada di tahun 2023 dan saya akui akhir-akhir ini semangat untuk menulis kian menurun.


Belakangan ini tak banyak post terkini dari blog ini hanya beberapa entri sahaja dan tahun lepas tiada langsung post terkini.


Adakah saya sudah mengalah? Penat?


Ya memang penat tapi tidak untuk menyerah kalah.


Banyak suka duka yang berlaku yang mewarnai hidup ini. Walaupun sepi dari menulis tapi belum bererti untuk berundur cuma terasa masa itu seakan tidak cukup.


Antara keluarga, kerjaya dan yang paling penting seorang hamba di muka bumi ini. Hamba bagi Yang Maha Esa.


Idea datang datang dan pergi. Kekuatan menulis itu yang adakalanya tidak rancak seperti dahulu dek kerana kekangan masa. Kerja yang adakalanya memenatkan berharap ada ganjaran dari Allah SWT.


Masih ada rezeki dari blog ini walaupun hanya memerhati sahaja tanpa post terkini, income dari affiliate masih ada. Google Adsense pun sudah diapprove setelah permohonan berkali-kali dibuat.


Alhamduilillah...semuanya sudah tertulis.


Selamat datang tahun baru...semoga tahun ini lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya.



Post a Comment

Terima kasih saya ucapkan kerana sudi meninggalkan komen. Komen anda semua amat saya hargai.

Previous Post Next Post