Komisen Ketiga & Keempat Dari Jobdirumah. Dah seminggu saya tangguh untuk update tentang komisen job dirumah ni sejak bayaran telah dibuat. Maklum sajalah ada saja tugas hakiki yang nak dibuat. Kena buat itulah kena buat inilah. Itulah sebabnya ada lagi artikel-artikel lain yang masih terperap dalam pc yang tak sempat nak publish. Tunggu masa yang sesuai je nak di publish.
Komisen Ketiga & Keempat Dari Jobdirumah
Dapat komisen dari job di rumah bukan perkara mustahil sebenarnya. Malah saya perhatikan ada yang berjaya kaut komisen sampai beratus-ratus dari job di rumah. Tambahan pula mereka ni pengamal tegar kitab ajaib ni. Teringin saya nak dapat macam mereka ni. Tapi tak mengapa perlahan-perlahan kayuh. Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit.
Minggu lepas bayaran komisen job di
rumah di buat dan ramai affiliater yang dah selamat terima bayaran.
Bayaran komisen job dirumah akan dibuat setiap bulan pada 5 hingga 10
hari bulan untuk komisen yang terhasil pada bulan yang sebelumnya.
Dari segi support memang tak ada masalah. Minggu lepas komisen saya tak masuk bank mungkin disebabkan oleh masalah teknikal. Tapi saya terus email kepada pihak job di rumah. Bila mereka check memang betul komisen tak masuk ke akaun bank saya dan keesokkan harinya barulah komisen selamat saya terima. Hak kita untuk bertanya jangan malu-malu. Selain job dirumah ada satu lagi panduan kerja sambilan dari rumah yang dilakukan.
Berkenaan dengan komisen job di rumah tu macam mana saya dapat? Kebanyakannya menggunakan blog dan sehingga sekarang saya masih menerima komisen-komisen lain dari blog. Boleh katakan pelaburan saya beli ebook untuk belajar sebelum ini memang berbaloi. Dah dapat tuai hasilnya dan teknik ini masih releven untuk diguna pakai sehingga sekarang.
Anda nak tahu teknik yang digunakan saya dan blogger lain untuk kaut komisen minima 3 angka sebulan dari blog walaupun anda tak buat kerja-kerja promosi?


Post a Comment
Terima kasih saya ucapkan kerana sudi meninggalkan komen. Komen anda semua amat saya hargai.