Jaga Kesihatan Anda Ketika Jerebu. Dah hampir dua minggu tempat saya ni jerebu. Nasib baik hujan pun turun. Kalau tidak boleh jadi makin teruk. Tapi pandangan tu menjadi kabur je bila jerebu ni. Persekitaran udara nampak berasap dan berdebu je. Jerebu ni juga boleh memudaratkan kesihatan. Sebab itulah apabila jerebu melanda kita dinasihatkan supaya kurangkan aktiviti luar rumah.
Jaga Kesihatan Anda Ketika Jerebu
Apa sebenarnya jerebu ni? Ok, jerebu ni bermaksud satu keadaan apabila atmosfera mengandungi debu, habuk dan asap. Jerebu ni boleh berpunca dari beberapa faktor antaranya aktiviti kilang. Cuba ke kawasan perindustrian dan lihat persekitarannya. Udara kelihatan berdebu dan berasap.
Sumber : bharian.com
Selain itu jerebu juga boleh disebabkan oleh pembakaran secara terbuka atau kebakaran hutan dan juga asap kenderaan. Jerebu ni boleh menjejaskan penglihatan dan jarak penglihatan apabila anda memandu kenderaan juga akan terjejas.
Jerebu ni boleh menyebabkan masalah kesihatan terutamanya kepada kanak-kanak, orang tua, pesakit lelah dan perokok. Maknanya jerebu ini boleh memberi kesan terhadap sistem pernafasan kita.
Selain itu ada beberapa gejala yang timbul apabila kita terdedah dengan jerebu antaranya iritasi kerongkong dan batuk-batuk, kesukaran bernafas atau hidung tersumbat, iritasi pada mata (mata menjadi merah) dan kulit akan terasa gatal.

Bagaimana Untuk Atasi Masalah Kesihatan Akibat Jerebu
Sumber : astro awani
Jangan pandang remeh apabila jerebu ni dan kita perlu mengambil beberapa langkah antaranya :
- Banyakkan minum air mineral
- Kurangkan aktiviti diluar
- Sediakan ubat yang secukupnya jika mempunyai masalah pernafasan
- Sentiasa membasuh bahagian yang terdedah menggunakan air
- Jangan merokok walaupun anda rasa susah nak berhenti merokok. Rasa tak boleh tahan sangat cuba baca "Tips Berhenti Merokok"
- Pakai penutup hidung terutama apabila anda melakukan aktiviti luar
Jangan abaikan kesihatan anda dan juga keluarga anda ketika jerebu ni. Takut nanti memudaratkan kesihatan anda dan juga keluarga.

Satu Malaysia jerebu da sekarang ni...
ReplyDeleteHarap-harap tak bertambah teruk :-)
DeletePost a Comment
Terima kasih saya ucapkan kerana sudi meninggalkan komen. Komen anda semua amat saya hargai.