Selamanya Kita Sentiasa Terhutang Budi. Hutang yang pasti tidak terbayar dan terbalas. Hutang dengan siapa? Orang yang paling hampir dengan kita, orang yang sentiasa ada bersama kita walau 1000 orang yang membenci kita mereka tetap menerima kita seadanya.
Selamanya Kita Sentiasa Terhutang Budi
Selamanya kita terhutang budi dan jasa dengan orang yang paling penting dalam hidup kita iaitu ibu bapa kita. Merekalah insan yang banyak berkorban tanpa mengenal erti putus asa dan tak pernah jemu menjaga dan membesarkan kita tapi apa pula balasan kita terhadap mereka.
Redha Allah terletak pada redha kedua ibu bapa kita. Jadi berbuatlah baik kepada ibu bapa kita. Mungkin kita jauh di perantauan dan di kejauhan mata mereka merindui kita. Ambil telefon dan hubungilah mereka walaupun kita tidak dapat menjenguk mereka. Bahagiakanlah hati mereka, tanyakanlah khabar mereka agar terubat rindu mereka.
Walau apa jua sekalipun bantulah mereka. Setiap kali terima gaji jangan diusik gaji untuk kegunaan lain. Terlebih dahulu, hulurkan duit gaji kita itu kepada orang tua kita dan utamakan ibu bapa. Amalkan selalu, setiap kali terima gaji, orang tua kita adalah yang utama. InshaAllah gaji kita lebih berkat dan keperluan kita dicukupkan oleh Allah swt.
[+] Baca : Tips Mencukupkan Dui Gaji & Bebas Hutang
Walau apa jua sekalipun bantulah mereka. Setiap kali terima gaji jangan diusik gaji untuk kegunaan lain. Terlebih dahulu, hulurkan duit gaji kita itu kepada orang tua kita dan utamakan ibu bapa. Amalkan selalu, setiap kali terima gaji, orang tua kita adalah yang utama. InshaAllah gaji kita lebih berkat dan keperluan kita dicukupkan oleh Allah swt.
[+] Baca : Tips Mencukupkan Dui Gaji & Bebas Hutang
Meskipun kita tidak mampu membantu dari segi kewangan, janganlah lokek untuk menghulurkan keringat dan tenaga untuk membantu mereka. InshaAllah hidup kita lebih berkat dan dipermudahkan.
Doa ibu bapa sentiasa mengiringi kita, berbuatlah baik kepada mereka selagi mereka masih hidup. Bukankah berbuat baik kepada ibu bapa juga salah satu amalan menarik rezeki melimpah ruah seperti "Formula Menarik Rezeki"
Sesungguhnya, kita sentiasa terhutang budi dengan mereka yang tak mungkin mampu di balas dan di bayar. Itulah kedua ibu bapa kita.




memang budi yang terhutang sampai bila-bila....Hanya doa dan kasih sayang kita boleh berikan
ReplyDeleteya, sungguh besar budi dan jasa mereka :-)
Deletesebagai seorang anak. banyaklah hadiahkan al-fatihah kepada kedua ibu bapa kita
ReplyDeleteya, sentiasalah mendoakan kebaikan & kesejahteraan mereka :-)
DeleteBudi ibu dan ayah..memang selamanya kita berhutang..
ReplyDeletehargailah mereka yang banyak berkorban untuk kita :-)
DeletePost a Comment
Terima kasih saya ucapkan kerana sudi meninggalkan komen. Komen anda semua amat saya hargai.