Selamanya Kita Sentiasa Terhutang Budi. Hutang yang pasti tidak terbayar dan terbalas. Hutang dengan siapa? Orang yang paling hampir dengan kita, orang yang sentiasa ada bersama kita walau 1000 orang yang membenci kita mereka tetap menerima kita seadanya.

Selamanya Kita Sentiasa Terhutang Budi

Selamanya kita terhutang budi dan jasa dengan orang yang paling penting dalam hidup kita iaitu ibu bapa kita. Merekalah insan yang banyak berkorban  tanpa mengenal erti putus asa dan tak pernah jemu menjaga dan membesarkan kita tapi apa pula balasan kita terhadap mereka.

hargailah jasa ibu bapa mu

Redha Allah terletak pada redha kedua ibu bapa kita. Jadi berbuatlah baik kepada ibu bapa kita. Mungkin kita jauh di perantauan dan di kejauhan mata mereka merindui kita. Ambil telefon dan hubungilah mereka walaupun kita tidak dapat menjenguk mereka. Bahagiakanlah hati mereka, tanyakanlah khabar mereka agar terubat rindu mereka.

Walau apa jua sekalipun bantulah mereka. Setiap kali terima gaji jangan diusik gaji untuk kegunaan lain. Terlebih dahulu, hulurkan duit gaji kita itu kepada orang tua kita dan utamakan ibu bapa. Amalkan selalu, setiap kali terima gaji, orang tua kita adalah yang utama. InshaAllah gaji kita lebih berkat dan keperluan kita dicukupkan oleh Allah swt.

[+] Baca : Tips Mencukupkan Dui Gaji & Bebas Hutang

Meskipun kita tidak mampu membantu dari segi kewangan, janganlah lokek untuk menghulurkan  keringat dan tenaga untuk membantu mereka. InshaAllah hidup kita lebih berkat dan dipermudahkan.

Doa ibu bapa sentiasa mengiringi kita, berbuatlah baik kepada mereka selagi mereka masih hidup. Bukankah berbuat baik kepada ibu bapa juga salah satu amalan menarik rezeki melimpah ruah seperti "Formula Menarik Rezeki"

hargailah ibu bapa anda

Sesungguhnya, kita sentiasa terhutang budi dengan mereka yang tak mungkin mampu di balas dan di bayar. Itulah kedua ibu bapa kita.




6 Comments

Terima kasih saya ucapkan kerana sudi meninggalkan komen. Komen anda semua amat saya hargai.

  1. memang budi yang terhutang sampai bila-bila....Hanya doa dan kasih sayang kita boleh berikan

    ReplyDelete
  2. sebagai seorang anak. banyaklah hadiahkan al-fatihah kepada kedua ibu bapa kita

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, sentiasalah mendoakan kebaikan & kesejahteraan mereka :-)

      Delete
  3. Budi ibu dan ayah..memang selamanya kita berhutang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hargailah mereka yang banyak berkorban untuk kita :-)

      Delete

Post a Comment

Terima kasih saya ucapkan kerana sudi meninggalkan komen. Komen anda semua amat saya hargai.

Previous Post Next Post