SSPN-i PLUS Simpanan Pendidikan Untuk Anak Anda - Kali pertama saya baca tentang SSPN-i PLUS adalah melalui blog rakan-rakan blogger yang lain walaupun PTPTN dah hebohkan di websitenya. Sebut tentang PTPTN ni saya adalah peminjam PTPTN dengan jayanya.
Tapi apa pula kaitan PTPTN dengan SSPN-i PLUS? Ok, yang inilah yang cuba saya nak sampaikan pada anda semua khususnya ibu bapa kat luar sana tu. Sudahkah anda membuat perancangan kewangan untuk pendidikan anak-anak anda kelak?
Buatlah tabung pendidikan untuk anak-anak anda sebelum terlambat. Kalau bukan kita siapa lagi kan. Saya harap anak-anak anda nanti tak jadi peminjam PTPTN macam saya ni.
Saya juga telah membuat tabung pendidikan untuk anak saya. Kalau ikutkan perancangan, saya nak elakkan anak saya daripada membuat pinjaman PTPTN bila mereka nak sambung belajar kelak.
SSPN-i Plus ditambahbaik daripada SSPN-i sedia ada dengan bayaran sumbangan takaful yang murah dan perlindungan yang komprehensif.
SSPN-i Plus menggunapakai konsep simpanan dengan komitmen bulanan dan jumlah simpanan dan bayaran sumbangan takaful adalah bergantung kepada pakej yang dipilih.
Dengan SSPN-i PLUS, anda boleh pilih pakej mengikut kemampuan. Nak buat simpanan RM30 sebulan pun boleh. Tak jadi masalah.
Tapi apa pula kaitan PTPTN dengan SSPN-i PLUS? Ok, yang inilah yang cuba saya nak sampaikan pada anda semua khususnya ibu bapa kat luar sana tu. Sudahkah anda membuat perancangan kewangan untuk pendidikan anak-anak anda kelak?
Saya juga telah membuat tabung pendidikan untuk anak saya. Kalau ikutkan perancangan, saya nak elakkan anak saya daripada membuat pinjaman PTPTN bila mereka nak sambung belajar kelak.
Apa itu SSPN-i PLUS?
SSPN-i Plus merupakan satu skim atau pelan simpanan yang direka oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk penabungan bagi tujuan pendidikan tinggi.SSPN-i Plus ditambahbaik daripada SSPN-i sedia ada dengan bayaran sumbangan takaful yang murah dan perlindungan yang komprehensif.
Dengan SSPN-i PLUS, anda boleh pilih pakej mengikut kemampuan. Nak buat simpanan RM30 sebulan pun boleh. Tak jadi masalah.
SSPN-i PLUS Patuh Syariah?
Pelan simpanan ini adalah patuh syariah yang menggunakan konsep Wakalah Bil Istithmar bagi simpanan SSPN-i Plus dan menggunakan kontrak Wakalah bagi skim takaful yang ditawarkan. Produk ini telah mendapat pengesahan syariah oleh Islamic Banking and Financial Institution of Malaysia (IBFIM).
SSPN-i PLUS menawarkan skim takaful dengan bayaran serendah RM10 sebulan dan setinggi RM300 sebulan. Bermakna, lagi besar pelan simpanan yang anda pilih, lagi besar “Coverage” yang takaful boleh tampung dan bayar kepada anda.
Apakah Kelebihan dan manfaat SSPN-i PLUS
Berikut adalah kelebihan atau manfaat SSPN-i PLUS. Untuk lebih kefahaman bolehlah rujuk gambar di bawah.
- Patuh syariah
- Pelepasan taksiran cukai ke atas simpanan bersih tahun semasa sehingga RM12,000.00 setahun.
- Komitmen serendah RM 30.00 sebulan.
- Manfaat bagi kematian/ keilatan kekal( kemalangan) sehingga RM1,000,000.00.
- Tiada pemeriksaan kesihatan.
- Kadar dividen yang kompetitif dan dikecualikan daripada cukai pendapatan.
- Khairat kematian termasuk pasangan dan maksimum 3 orang anak.
- Manfaat takaful bagi 36 penyakit kritikal.
- Elaun kemasukan hospital sehingga RM200 sehari.
- Layak memohon pembiayaan PTPTN.
- Perlindungan 24 jam di seluruh dunia.
- Simpanan dijamin kerajaan.
- Hanya boleh keluarkan duit selepas tempoh 3 tahun sahaja.
- Boleh guna untuk diri sendiri dan anak.
Ok.
Itu serba sedikit tentang kelebihan SSPN-i PLUS yang anda boleh nikmati. Selain itu anda perlu tahu bahawa pelan simpanan DIJAMIN kerajaan. Jadi ianya perkara yang positif untuk anda yang masih tercari-cari pelan simpanan yang terbaik.
Pakej dan Pelan Simpanan SSPN-i PLUS
Paling penting pelannya adalah PATUH syariah. Jadi takdelah anda nak rasa ragu-ragu lagikan. Tambahan pula komitmen bulanan pun rendah dan termasuk takaful. Potongan cukai pendapatan juga turut disediakan.
Ini cuma saranan saya.
Kalau anda nak buat simpanan melalui Tabung Haji, ASB dan sebagainya itu terpulang pada anda. Yang penting duit anda tak habis ke lain. Kena PAKSA diri anda untuk menyimpan. Betul tak?
Daftar SSPN-i PLUS Untuk Masa Depan Anak Kita
Bila dah ada tabung simpanan macam ni, anak kita dah tak perlu berhutang. Cukuplah kita yang pernah menanggung hutang sebelum ini.
Kali ini kita yang berhak merancang untuk anak-anak. Pilihan di tangan kita. Tepuk dada tanya selera kan?
Kali ini kita yang berhak merancang untuk anak-anak. Pilihan di tangan kita. Tepuk dada tanya selera kan?
Anda pun dah tak perlu nak pening-pening kepala mana nak cekau duit bila anak anda nak sambung belajar nanti bila dah ada simpanan macam ni. Betul tak?
Akhir kata, SSPN-i PLUS adalah salah satu cabang untuk anda menabung. Tapi kalau dah tabiat tak suka menabung dah menebal dalam diri, datanglah pelan simpanan gajah rimau ke apa sekalipun memang takde bezanya pun.
Jadi, PAKSA diri anda untuk menabung. Macam makan nasi jugaklah kan. Kena gerakkan tangan dan angkat untuk ambik nasi suap ke mulut.
Pendaftaran juga boleh dibuat secara online kat laman web tersebut.
...
...
...
Artikel Penuh, kredit to : AhmadFaizal



setuju....saya pun mencarum untuk anak saya....sambil mencarum dapat insuran...
ReplyDeletesaya memang ada hati untuk bagi simpanan kepada anak-anak..sekarang masih berusaha keras ke arah tersebut.
ReplyDeleteRisau bayaran bulanan terlupa, saya buat auto-debit maybank2u utk simpanan sspn-i plus..lebih mudah utk penyimpanan konsisten
ReplyDeletePost a Comment
Terima kasih saya ucapkan kerana sudi meninggalkan komen. Komen anda semua amat saya hargai.