Patutlah Kereta Berdesing Bila Brek - Bila dah ada kereta ni banyak perkara nak kena tahu, bukan sekadar tau bawak je. Paling tidak pun kena tahu benda-benda yang basic bukan sahaja tahu gunakan gear yang betul. Kalau dah ada kereta confirm akan menyebabkan aliran duit keluar. Nak kena tukar minyak hitam lah, aircond tak bape nak jalan lah, kena tukar tayarlah dan banyak lagi. Sebab itulah kereta dikategorikan sebagai liabiliti dan bukannya aset.
Kenapa Kereta Berdesing Bila Brake
Bulan lepas punye cerita, maklum sajelah
bulan sebelum tu banyak travel sane-sini dan sampai satu tahap kereta
saya rase pelik semacam je. Bila brek mesti keluar bunyi berdesing.
Bunyi tu tak berpanjangan cuma tiap kali brek mesti keluar bunyi tu.
Memang kurang sedap didengar. Macam ade tak kena ni mesti ada problem
pada sistem brek.
Masuk bengkel lah nampak gayanya ni...
Untuk keselamatan anak dan keluarga, memang wajarlah kena masuk bengkel. Periksa mana yang rosak. Bahaya tu kalau brek problem. Setelah bedah siasat di buat memang sah ada masalah pada brek.
Rupanya brake pad dah haus dah..patutlah bunyi pelik je. Silap hari bulan boleh rosak brake disk.
Brake Pad Kena Tukar
Dah wajib tukar brake pad baru..kalau dibiarkan makin parah jadinya. Sebenarnya kos untuk tukar brek pad ni taklah mahal sangat. Bergantung pada brand brek pad yang anda nak. Pilih yang sesuai dengan kereta anda. Ikut bajet dan kesesuaian lah kan.
Saya tukar brek pad ni dalam RM70 termasuk upah. Oklah tu kan..brek pad yang saya guna ni pun sesuai dengan kereta. Ada banyak brand untuk brek pad ni. Terpulanglah kan..
Tengok berape lama brek pad ni boleh tahan... :-)




dah haus.
ReplyDeleteofkos kena tukar beb.
haha
yup dah tukar dah...haha
DeletePost a Comment
Terima kasih saya ucapkan kerana sudi meninggalkan komen. Komen anda semua amat saya hargai.