Sebelum bercuti panjang tak lama lagi banyak pulak kerja nak kena siapkan. Nak kena key in macam-macam perkara. Key in markah itulah key in markah ini lah dan beginilah cerita tahun lepas dan juga tahun-tahun akan datang. Inilah yang dikatakan kerja kat dunia ni tak akan pernah habis kan. Tapi apakan daya, kerja kita tanggungjawab kita takkan nak suruh orang lain yang buatkan.

Komisen Affiliate Klikjer 26 Hingga 34

Disebalik kesibukan dengan kerja ni ada juga sales yang terhasil dari klikjer. Sales yang paling banyak setakat ini. Alhamdulillah rezeki bersama affiliate klikjer. Walaupun bulan lepas dan bulan ini banyak nak kena travel sana-sini untuk urusan keluarga, ada juga komisen dari klikjer.

Ternyata program affiliate klikjer antara yang terbaik. Banyak urusan nak kena setel sampai blog pun tak terupdate tapi nasib baik ada beberapa entri yang saya tulis yang sentiasa membantu saya menghasilkan komisen dari klikjer. Nampak tak kelebihan blog?

Teruskan menulis dengan teknik SEO tanpa jemu. InshaAllah akan ada sales yang terhasil. Bukan untuk affiliate klikjer sahaja malah untuk program-program affiliate yang lain juga. Kebanyakan sales yang terhasil adalah dari blog yang tak memerlukan saya melakukan promosi sana sini.

Jadi gunakanlah pendekatan blog sebagai salah satu kaedah pemasaran online anda. Saya dah test terhadap bermacam-macam program affiliate dan ianya berhasil. Jadi kalau anda tak ada blog cepat bina blog.

Alhamdulillah masih tersenarai dalam list top affiliate untuk oktober 2015. Memang syok dapat komisen dari klikjer ni. Dari segi bayaran memang tak ada masalah.

azzahairi top affiliate klikjer

Seronok bila berjaya hasilkan jualan yang rancak. Jualan rancak bermakna komisen pun kencang. Sudah hampir penghujung tahun 2015 bermakna sudah hampir setahun saya menerima komisen klikjer tiap-tiap bulan.

bayaran komisen klikjer azzahairi

Kesimpulannya....

Banyakkan belajar tanpa kenal erti penat dan lelah. Tak kisahlah pada peringkat permulaan anda perlu merangkak yang penting anda berusaha. Buat dan terus buat, try & error  dan rajin-rajinkan diri. Keputusan di tangan anda..selamat maju jaya :-)



2 Comments

Terima kasih saya ucapkan kerana sudi meninggalkan komen. Komen anda semua amat saya hargai.

  1. Tahniah cg ... memang banyak produk bagus di KlikJer tu. Peluang untuk para affiliates utk jana pendapatan sangat besar. Tahniah juga sebab tersenarai top 10, sayangnya nama sendiri tak lekat hihihi .. :-D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih...nanti blh lah cuba ya..mana tau tersenarai top 10 pasni :-)

      Delete

Post a Comment

Terima kasih saya ucapkan kerana sudi meninggalkan komen. Komen anda semua amat saya hargai.

Previous Post Next Post