Apakah Makna Maklumat Pada Tayar Kenderaan?. Tayar antara perkara yang perlu dititikberatkan dalam penjagaan kenderaan. Biasanya kita akan tukar tayar apabila tayar sudah haus atau botak. Atau lebih tepat lagi apabila bunga tayar sudah mula haus. Biasanya tayar akan cepat haus dan botak bergantung pada kekerapan penggunaan dan jarak perjalanan. Tapi pernah tak kita ambil tahu apakah makna maklumat pada tayar kenderaan. Maklumlah anda nak jaga kenderaan anda supaya tahan laman kan?
Bagaimana Mengetahui Maklumat Pada Tayar Kenderaan
Sebenarnya, tayar yang dikeluarkan dari kilang telah tersedia maklumat penting yang perlu kita ambil perhatian terutama sekali apabila membeli tayar dan menukar tayar baru. Maklumat ini juga penting sepanjang kita menggunakan tayar tersebut.
Perasaan tak, biasanya pengeluar tayar memberi tempoh sehingga 5 tahun kepada tayar sebagai syarat dan tanda ketahanan tayar terhadap masa.
[+] Baca : Tips Mengelakkan Ditipu Pomen Kereta
Perasaan tak, biasanya pengeluar tayar memberi tempoh sehingga 5 tahun kepada tayar sebagai syarat dan tanda ketahanan tayar terhadap masa.
[+] Baca : Tips Mengelakkan Ditipu Pomen Kereta
Sebenarnya, ketika anda membeli dan mendapatkan tayar kenderaan yang baru, sila pastikan tayar kereta yang anda dapatkan itu adalah dari tahun sekarang dan bukannya tahun lepas.
Jika anda menerima tayar tahun lepas, ini bermakna anda menerima tayar yang jangka hayatnya sudah berkurangan setahun. Sebab itulah saya katakan anda perlu tahu maklumat tayar kenderaan.
Jika anda menerima tayar tahun lepas, ini bermakna anda menerima tayar yang jangka hayatnya sudah berkurangan setahun. Sebab itulah saya katakan anda perlu tahu maklumat tayar kenderaan.
Bagaimana Untuk Ketahui Maklumat Tayar Kenderaan?
Contoh : Kod Tayar Kenderaan : 205/65/R1594H.
205 - Lebar.
65 - Tinggi.
R - Radial.
15 - size/rim.
94 - Max bebanan.
H - Max 210 km/h.
S - Max 180 km/h.
T - Max 190 km/h.
U Max 200 km/h.
V - Max 240 km/h.
Z - 240 km/h.
W - 270 km/h.
Y - 300 km/h.
205 - Lebar.
65 - Tinggi.
R - Radial.
15 - size/rim.
94 - Max bebanan.
H - Max 210 km/h.
S - Max 180 km/h.
T - Max 190 km/h.
U Max 200 km/h.
V - Max 240 km/h.
Z - 240 km/h.
W - 270 km/h.
Y - 300 km/h.
Tips Membeli Tayar Yang Baru
Ok, ini pula tips jika anda ingin membeli tayar. Kenalpasti betul-betul ye supaya anda membeli tayar yang masih baru dan elok.
- Setiap tayar baru ada 4 angka tercatit di sisi tayar. Contoh: 0515 menunjukkan tayar baru keluaran kilang pada minggu ke 5 tahun 2015.
- Setiap tayar tempoh penggunaannya adalah 5 tahun dari tarikh dikeluarkan.
- Jika anda menukar tayar baharu, pastikan ianya tahun terkini iaitu sekarang tahun 2015.
- Tayar baru yang melebihi 5 tahun usia boleh sahaja anda pakai tetapi getah tayar sudah menjadi keras kerana getah tayar yang sudah tamat tempoh (expired). Jadi ia bergantung kepada anda.
Ini pula gambar yang boleh anda jadikan rujukan untuk memahami makna disebalik maklumat pada tayar yang anda nak beli nanti.
Ok jika anda ingin mendapatkan lebih banyak maklumat tentang penjagaan kereta dan sebagainya, anda bolehlah baca "Tip Menjaga Kereta Agar Susah Rosak".
Kredit : My Rujukan




Post a Comment
Terima kasih saya ucapkan kerana sudi meninggalkan komen. Komen anda semua amat saya hargai.