Buat Taufufah Sedap Jual Di Bulan Puasa. Taufufah atau kalau kat tempat saya lebih dikenali sebagai pati soya antara makanan yang femes di bulan puasa atau ramadhan. Taufufah ni juga merupakan makanan kegemaran saya selain dari air soya. Sedap memang sedap yang penting taufufah yang dibuat tu tidak masam dan tawar. Taufufah dan air soya ni di buat daripada kacang soya dan mudah didapati di pasar malam dan juga Bazar Ramadhan.
Buat Taufufah Sedap Jual Di Bulan Puasa
Saya ingatkan nak buat taufufah ni sangat rumit rupa-rupanya cara buat taufufah sedap tidaklah serumit yang saya jangkakan. Bermakna ia sangat mudah dan anda boleh buat dari rumah untuk dimakan bersama keluarga sepuas-puasnya.
Antara bahan-bahan yang diperlukan ialah :
- Kacang Soya
- Tepung Jagung
- Serbuk Membuat Taufufah (GDL/Sekko)
- Air
Keempat-empat bahan ni wajib ada. Tak boleh nak skip ye, nanti tak menjadi plak taufufah yang sedap tu. Oh ya, sekilo kacang soya RM3.00 dapat menghasilkan setong besar taufufah. Bolehlah makan puas-puas taufufah yang sedap nanti. Sirap taufufah atau air taufufah tu nanti anda boleh pilih untuk gunakan air gula atau gula melaka. Kalau saya, saya suka gula melaka.
Nak lagi menarik, anda boleh pelbagaikan taufufah anda tadi khususnya jika anda buat taufufah untuk dijual di bulan puasa atau ramadhan. Antaranya Taufufah Cendol, Taufufah Krim Karamel, Taufufah Jagung Koktel, Taufufah Kek Karamel, Taufufah Jelly Strawbery, Taufufah Air Tebu dan banyak lagi. Memang COOL kan menikmati pelbagai hidangan taufufah special edition ini.
Peralatan Untuk Buat Taufufah Sedap
Sebelum membuat air soya atau taufufah, pastikan anda mempunyai blender untuk mengisar kacang soya dan periuk untuk memasak air soya.
Kain penapis pula tidak semestinya menggunakan kain kasa. Baju t-shirt pun boleh digunakan menapis pati soya dengan baik sekali. Bekas kedap udara pula boleh digantikan dengan Tupperware yang mudah dibeli di hypermarket. Peralatan ini amat mudah didapati dan saya pasti anda memilikinya.
Bisnes Taufufah Boleh Menguntungkan
Tahukah anda bisnes taufufah dan air soya merupakan bisnes paling
menguntungkan. Terutamanya air soya. Bayangkan sekilo kacang soya yang
berharga RM3.00 boleh menghasilkan lebih kurang 10 liter air soya. Wah
keuntungan lebih 30 kali ganda dari kosnya. Memang lumayan.
Anda juga boleh menjana pendapatan secara sampingan dengan menjual
taufufah. Sambil bekerja sambil menambah pendapatan dari jualan
taufufah. Caranya mudah dengan meletakkan digerai-gerai orang lain
dengan membayar komisen kepada mereka. Ia pasti dapat mengurangkan
beban kewangan anda. Dapat buat hari Sabtu dan Ahad pun berbaloi.
Tambahan lagi ia juga merupakan satu pendedahan
awal sebelum anda memulakan perniagaan makanan dengan lebih serious.
Untung jugak ya jual taufufah yang sedap ni. Yang penting kena belajar buat taufufah yang super sedap. Bulan ramadhan ni elok juga kalau buat bisnes taufufah untuk tambah pendapatan sebab taufufah memang mendapat permintaan tinggi di bulan puasa.




Post a Comment
Terima kasih saya ucapkan kerana sudi meninggalkan komen. Komen anda semua amat saya hargai.