4 Akibat tidak jujur. Jujur melibatkan kehidupan seharian kita. Manusia sebaik-baik kejadian. " Allah ciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya." (Al-Tin 95:4) Apabila roh ditiupkan ke dalam jasad, insan dibekalkan dengan kemuliaan serta fitrah suka akan kebaikan. Apabila telah menyimpang dari kebaikan, kita bukan sahaja menipu orang lain malah menipu diri sendiri.
4 Akibat Jika Tidak jujur
Tidak Tenang
Ketenangan akan menjauh dari diri kita. Walaupun orang lain tidak sedar ketidakjujuran kita tetapi kita tidak mampu mengaburi mata sendiri tentang sikap kita. Inilah punca hati tidak tenang.
Tidak Disenangi
Hidup kita sentiasa dikelilingi sesiapa sahaja. Keluarga, kawan dan rakan sepejabat. Kalau sekali rakan kita terkena mungkin mereka boleh memaafkan kita tetapi kalau berkali-kali mereka dah tak sanggup untuk terima alasan kita. Rakan - rakan akan menjauhkan diri dengan kita kerana rasa tidak selesa.
Tidak Diberi Pengiktirafan
Sikap tidak jujur juga menyebabkan prestasi kita buruk. Kalau ditempat kerja pentadbir memandang kita seorang yang suka mencari alasan atau menimbulkan alasan. Mereka sudah tidak percaya kepada kita apatah lagi untuk memberikan pengiktirafan dalam sesuatu anugerah.
Jadi Kebiasaan
Apabila sudah berkali-kali mencipta alasan akhirnya kita akan jadi terbiasa. Syaitan telah berjaya mempamerkan kemanisan beralasan. Apabila sudah sebati hati makin diselaputi titik-titik hitam. Andainya titik-titik hitam tidak dibersihkan akhirnya hati tertutup dengan nuru-nur kebenaran. Akhirnya tiada ketenangan dan hidup tidak berkat.
[+] Formula Membina Kolam Jiwa Yang Tenang & Rezeki Melimpah Ruah
[+] Formula Membina Kolam Jiwa Yang Tenang & Rezeki Melimpah Ruah
Jujurlah dirimu seperti manggis, begitulah bilangan kelopak, begitu jugalah bilangan isi di dalamnya...
Sekian perkongsian dari saya, mudah-mudahan dengan sikap jujur kita hidup kita lebih tenang dan diberkati..InshaAllah..



setuju.. tak kira dalam bidang pekerjaan ke,urusniaga ke, dgn relatives ke, kena laa jujur.. kalau tak, jadi macam yg tersebut di atas..
ReplyDeleteMemang, kena belajar jadi seorang yang jujur, Terima kasih atas kunjungan :-)
DeletePost a Comment
Terima kasih saya ucapkan kerana sudi meninggalkan komen. Komen anda semua amat saya hargai.