Pasti ramai yang tertanya dan tercari-ciri tips dan panduan untuk menghadapi temuduga pembantu tadbir. Adakah anda tidak tahu nak prepare apa untuk menghadapi temuduga pembantu tabir dalam masa terdekat ni ? Apabila dah prepare timbul pula tanda tanya adakah anda boleh lulus dalam temuduga pembantu tadbir ?
Pengenalan Tentang Jawatan Pembantu Tadbir
Pembantu Tadbir di dalam pengkhususan
Perkeranian/Operasi Gred N17 merupakan jawatan sokongan yang popular dalam
Kementerian, Jabatan dan Pentadbiran Kerajaan Negeri. Mana-mana pejabat
kerajaan pasti ada jawatan Pembantu Tadbir untuk membantu kelancaran operasi
dalam sesebuah pejabat. Untuk menjadi seorang Pembantu Tadbir, kelayakan Sijil
Pelajaran Malaysia (SPM) sudah mencukupi.
Untuk permulaan, seseorang yang baru dilantik sebagai Pembantu Tadbir (P/O) akan menerima gaji permulaan sebanyak RM928. Kemudian jumlah gaji bulanan akan meningkat sebanyak RM95 setahun sehingga mencecah RM3,375. Berikut adalah ringkasan gaji bagi jawatan Pembantu Tadbir (P/O).
Syarat-syarat untuk dilantik sebagai Pembantu Tadbir (P/O)
- Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf oleh kerajaan dengan gaji permulaan sebanyak RM928.
- Mendapat kepujian dalam Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia (wajib lulus Ujian Lisan) di peringkat SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. Calon yang berkebolehan mengendalikan komputer dan/atau mengambil trengkas akan diberi keutamaan.
Syarat Peningkatan Secara Lantikan Pembantu Tadbir
Pegawai yang sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Bentara Parlimen, Pemandu Kenderaan, Penghantar Notis dan Pembantu Operasi adalah layak dipertimbang untuk PSL ke jawatan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N17 tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
- Mempunyai kelayakan di atas atau
- Lulus Peperiksaan Khas dan Usia tidak kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan
- Usia tidak kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan
Contoh Soalan Temuduga Pembantu Tadbir
Berikut adalah beberapa contoh soalan temuduga pembantu tadbir.
Jadi adakah anda telah bersedia untuk menghadapi Temuduga Pembantu Tadbir. Jika belum anda boleh mendapatkan rujukan lengkap beserta contoh soalan disini.
Semoga berjaya.



Post a Comment
Terima kasih saya ucapkan kerana sudi meninggalkan komen. Komen anda semua amat saya hargai.