Pengiklanan adalah wajib dalam pemasaran. Pengiklanan akan menyebabkan pelanggan sedar apakah produk yang anda jual, apakah tawaran yang anda buat dan paling penting pelanggan anda mengenali anda. Sejauh mana sambutan terhadap produk yang anda jual bergantung kepada pengiklanan yang anda jalankan sama ada yang berbayar mahupun percuma. Jika teknik pengiklanan yang anda jalankan tidak betul maka bagaimana untuk anda hasilkan jualan. Jadi adalah wajar untuk anda pastikan beberapa ciri penting ini sentiasa ada dalam ayat iklan anda supaya anda menjadi mahir dalam pemasaran.
Ciri Yang Perlu Ada Dalam Sesebuah Iklan
Saya berpegang kepada teknik kenali pelanggan anda. Ya jika anda mengenali pelanggan anda maka lebih senang untuk anda melakukan pengiklanan. Ini dinamakan teknik pasaran menumpu. Maksud saya anda beriklan kepada golongan yang betul-betul memerlukan produk anda.
Ciri- Ciri Dalam Pengiklanan
Jadi untuk mengenali pelanggan anda, anda perlu tanyakan beberapa soalan :.....Apakah produk yang anda jual.
.....Apakah kebaikan atau faedah produk anda.
Ciri Pertama
Jika produk anda adalah Panduan Bina Blog maka automatik pelanggan anda adalah golongan yang tidak tahu untuk membina blog atau golongan yang menghadapi masalah untuk membina blog. Jadi disini bukankah anda sudah mengenali pelanggan anda.
Ciri Kedua
Anda perlu senaraikan bagaimana produk yang anda jual boleh menyelesaikan masalah pelanggan anda tadi. Ingat pelanggan sebenarnya tidak membeli produk sebaliknya mereka membeli penyelesaian yang mereka dapat dari produk. Ini adalah Teknik Pikat Pelanggan Anda. Rujuk artikel saya yang lepas > Klik Di sini
Kemudian apa yang perlu anda buat adalah pastikan 5 ciri di bawah ada dalam ayat iklan anda.
1. Persoalan
Anda perlu wujudkan persoalan di bahagian HEADLINE. Gunakan ayat yang membuatkan pelanggan anda terkejut dan tertanya-tanya. Ingat bahagian Headline ini sangat penting kerana anda perlu menarik perhatian mereka untuk baca iklan anda.
Contoh Headline berbentuk persoalan :
= = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = =
SEDIH? KECEWA? GAJI BARU DAPAT TERUS HABIS?
= = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = =
2. Masalah
Pada bahagian ini anda perlu wujudkan masalah seolah-olah anda sedar dan memahami masalah mereka. Cuba wujudkan masalah yang membawa kepada penyelesaian dalam produk anda. Maksud saya masalah biarlah ada kaitan dengan produk yang anda jual.
3. Penyelesaian
Setelah anda wujudkan masalah tadi kini anda bawa mereka kepada penyelesaian. Bahagian ini anda perlu jual faedah atau manfaat produk anda. Saya ulang sekali lagi, ingat pelanggan sebenarnya tidak membeli produk sebaliknya mereka membeli penyelesaian yang mereka dapat dari produk.
Yakinkan mereka bahawa produk anda boleh menyelesaikan masalah mereka. Gunakan teknik Softselling yang telah saya bincangkan dalam artikel > Klik Di sini
4. Tawaran
Jika anda anda tawaran atau bonus menarik inilah bahagian yang anda perlu gunakan. Antara tawaran yang boleh digunakan Diskaun dan Terhad. contoh harga ini tidak kekal lama dan TERHAD kepada 50 unit sahaja. Jangan lupa ayat Call To Action.
5. Yakinkan mereka
Anggaplah pembeli anda adalah mereka yang berhati-hati untuk membeli. Pengalaman saya, biasanya ada 2 kriteria pembeli iaitu lebih baik rugi sebab tidak beli daripada rugi sebab beli. Rugi sebab tidak beli duit tidak hangus tetapi rugi sebab beli duit dahla produk entah ape-ape duit pula hangus.
Jadi hilangkan keraguan mereka sebab manusia memang tidak boleh lari dari keraguan. Anda perlu yakinkan mereka contohnya Jaminan Wang Dikembalikan.
Manfaatkan teknik yang saya terangkan ini. Insyallah dengan izin-Nya. Ingat Doa, usaha,ikhtiar dan tawakal. Cuba ke kedai buku dan dapatkan buku 'Phsychology Of Selling oleh Brian Tracy.
Edisi bahasa melayu pun ada. Saya yakin otak anda akan jadi geliga selepas ini. Jadi sentiasa pastikan ciri-ciri ini mesti ada dalam ayat iklan anda supaya anda menjadi mahir dalam pemasaran.
Adakah anda juga menggunakan Instagram untuk mempromosikan produk anda? Ketahui Bagaimana Mendapatkan 10,000 Real Follower Dan Letupkan Jualan Anda Menerusi Instagram Dalam Hanya 5 Minggu!
Saya mohon anda berikan masa 5 minit untuk baca website ini sehingga habis untuk tahu rahsia letupkan jualan anda pada tahun ini. Baca disini.



Post a Comment
Terima kasih saya ucapkan kerana sudi meninggalkan komen. Komen anda semua amat saya hargai.